Anjung Puteri Johor Bahru terletak di kawasan kejiranan. Justeru, bagi
menghormati adab kejiranan dan keharmonian masyarakat setempat, diharapkan para
tetamu dapat mematuhi terma dan syarat yang digariskan seperti berikut :
- Anjung Puteri Johor Bahru boleh menerima atau menolak permohonan untuk menginap di Anjung Puteri Johor Bahru daripada mana-mana pihak jika ia bercanggah dengan terma dan syarat yang telah dinyatakan dalam laman ini.
- Sekiranya tetamu tidak datang bersama ahli keluarga yang ada hubungan mahram, tetamu dan rakan yang menginap mestilah daripada gender yang sama.
- Mana-mana tetamu yang dicurigai tentang status peribadi atau perkahwinan mereka boleh dihalang daripada menginap di Anjung Puteri Johor Bahru walaupun pembayaran telah dibuat dan wang tidak akan dikembalikan.
- Tetamu adalah dilarang membuat bising dan apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu/menjejaskan ketenteraman kawasan kejiranan ini.
- Hanya makanan dan minuman yang halal sahaja yang dibenar untuk dibawa masuk ke kediaman Anjung Puteri Johor Bahru.
- Bagi menjaga kebersihan kediaman ini, tetamu tidak dibenarkan untuk memakai kasut/selipar di dalam kediaman Anjung Puteri Johor Bahru.
- Binatang peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam kediaman ini.
- Tetamu mestilah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan rumah, perabot, alatan elektrik, dan apa sahaja kemudahan yang disediakan oleh Anjung Puteri Johor Bahru. Kegagalan untuk memastikan perkara ini boleh menyebabkan tetamu dikenakan bayaran penalti/surcaj.
- Kemudahan house keeping secara harian tidak disediakan, justeru pengunjung perlulah menjaga kebersihan kediaman ini sewajarnya. Walau bagaimanapun, sekiranya tetamu memerlukan perkhidmatan ini caj tambahan akan dikenakan.
- Anjung Puteri Johor Bahru melarang keras sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang negara dilakukan di kediaman ini. Sebarang kesalahan yang dilakukan adalah tanggungjawab pengunjung sendiri dan Anjung Puteri Johor Bahru tidak bertanggungjawab dan tiada sebarang kaitan dengan kesalahan/kesulitan yang ditimbulkan.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama berhubung terma
dan syarat yang digariskan di atas.
No comments:
Post a Comment